Berita pengunduran Datu Sudarsono Osman, Datu Abu Bakar dan Abdullah Julaihi dari memegang jawatan tiga tertinggi di Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) tidak diterima baik oleh lagenda dan juga bekas ketua jurulatih Sarawak, Awang Mahyan.

Mahyan berkata demikian apabila mengulas keputusan tiga pemegang jawatan tertinggi FAS yang mengambil keputusan tidak mempertahankan kerusi yang dipegang mereka di FAS.

Menurut Mahyan, beliau tidak dapat memikirkan individu lain yang berkeupayaan dan cukup berkaliber untuk mengemudi FAS  buat masa kini, dan berpendapat ketiga-tiga individu tersebut masih boleh berbakti dalam membangunkan bolasepak Sarawak.

Mahyan juga merasakan bahawa ketiga-tiga individu tersebut boleh mengemudi Sarawak menjadi kuasa bolasepak jika diberi lebih masa.

Tambah Awang, beliau merasakan pemergian mereka daripada jawatan tertinggi FAS adalah tidak baik untuk perkembangan bolasepak Sarawak, dan beliau berharap mereka akan mempertimbangkan keputusan tersebut, atau sekurang-kurangnya mencari individu yang boleh mempertahankan bolasepak di peringkat tertinggi.

FAS akan bersidang esok untuk menentukan halatuju bolasepak Sarawak.

21 COMMENTS

  1. Suh tokey shin yang n tun taib bergabung.polah team bukan alang2 mpun..polah kedak JDT mpun development..player cap ayam boleh buang,hanya player yg benar2 terbaik antara yg terbaik jak akan main.

  2. Sampei bila nak ngga bola sepak kdk tok??Tggu gugok ke Liga Perdana balit??Mauk ngga stadium kosong sampei bila2…Sepatutnya bila dah nait Liga Super,carik pemain berkualiti..Bukannya pemain pakai buang…

  3. Taib x dpt diharap,melayu dn bumiputera yg kaya raya ya pn kaya alang2 jak,arap dgn keringat dn semangat player jak agar dpt ngangkat team jd team yg kuat dn digeruni lawan…dijamin lepas ya cdak sponsor belumba2 nk naja!!

  4. Tiada pengelaman menguruskan fas bukan menjadi masalah buat bola sepak sarawak…yg penting telus dalam pengurusan kewangan persatuan bola sepak sarawak….cara pengunaan dan pembelian pemain import yg mempunyai ciri2 yg betul2 boleh mengemudi bahagian penyerang yg mantap…pastikan pemain2 muda tempatan sarawak..sentiasa bermain untuk skuad negeri demi kemajuan bola sepak negeri sarawak….penaja tu penting juga untuk skuad sarawak….pihak pengurusan bkn main dgn kata2 je.
    .kena turun padang…sentiasa ambik tahu kebajikkan pemain…bkn peluk tubuh poket penuh…sekadar pendapat…kmk ank sarawak sayang akan bola sepak sarawak….

Comments are closed.