Presiden akui bajet FAS paling kecil di Liga Super

KUCHING : Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais mengakui bahawa FAS mempunyai peruntukan terkecil jika dibandingkan dengan pasukan Liga Super lain musim ini.

Beliau yang dipetik akhbar Utusan Borneo menyatakan bahawa Sarawak FA hanya mempunyai tiga penaja musim ini, yakni Sarawak Energy, Rimbunan Hijau dan SACOFA, dan jumlah peruntukan tersebut masih tidak dapat menandingi jumlah perbelanjaan Penang FA dan Melaka United, yang kini di bawah Sarawak FA di Liga Super.

Tambah Posa, peruntukan tersebut juga perlu disalurkan kepada pasukan Piala Presiden dan Piala Belia, dan ini memaksa FAS berhemah di dalam perbelanjaan musim ini.

Adalah difahamkan, Posa telah juga meminta agar FAS agar tidak terlebih belanja musim ini agar FAS tidak mempunyai hutang seperti yang berlaku pada tahun-tahun sudah. – SarawakCrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top