JOHOR – Satu delegasi Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah membuat kunjungan rasmi ke Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini.

Delegasi tersebut yang diketuai oleh Eksekutif FAS, Jefry Lana yang dibawa meninjau prasarana dan kemudahan milik JDT yang terdapat di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Johor Bahru.

Selain itu, mereka juga akan melawat persekitaran Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin esok menjelang pertemuan JDT dan Sarawak dalam saingan Liga Super.

Delegasi FAS itu juga turut akan menyaksikan perlawanan Liga Super diantara JDT dan Sarawak FA esok. – sarawakcrocs.com

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here