Pra-musim: Kuching FA belum tunjuk taring

Pasukan Liga FAM,  Kuching FA, telah dibelasah teruk oleh pasukan Piala Presiden Sarawak FA di dalam perlawanan persahabatan petang tadi.

Di dalam perlawanan tersebut, pasukan muda Sarawak FA menjaringkan lima gol tanpa dibalas oleh Kuching FA dimana Kuching FA diperhatikan gagal menentang kepantasan yang dimiliki pasukan muda Sarawak, yang mudah melepasi barisan pertahanan Kuching yang tampak longlai dan keletihan.

Adalah difahamkan bahawa rata-rata pemain pasukan Kuching telah pergi menjalani pemeriksaan perubatan dan diminta mengambil darah pada hari ini, sekaligus menjejaskan prestasi pasukan secara keseluruhan.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Kuching FA Shahrizan Sahari tetap optimis berkenaan pasukan bimbingan beliau sambil menyifatkan bahawa pasukan beliau masih mencari keserasian sebenar.

Beliau turut menambah bahawa perlawanan petang tadi telah dijadikan medan memperkemaskan hantaran dan persefahaman pasukan Kuching, dan bersyukur bahawa pemainnya dapat memberikan tentangan, sungguhpun mereka keletihan dan sepatutnya tidak dibenarkan membuat kerja berat selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kuching FA kini sedang sibuk mempersiapkan diri untuk saingan getir di Liga FAM yang bermula pada bulan hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top