Pasukan Piala Presiden Sarawak FA ternyata masih mempunyai banyak ruang untuk dibaiki setelah kalah dalam perlawanan pertama Piala Presiden menentang Felda United. 

Pengendali pasukan Piala Presiden Sarawak, S Veloo ternyata kecewa dengan kegagalan anak buahnya mengutip sekarang mata biarpun mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. 

Menurut Utusan Borneo, S Veloo merasakan bahawa ketumpulan jentera serangan merupakan penyebab utama kegagalan anak buahnya keciciran mata biarpun menguasai 90 minit perlawanan. 

Namun, S Veloo tetap optimis dengan keupayaan pemainnya dan mempunyai perancangan taktikal baharu bagi menentang perlawanan kedua Piala Presiden. 

Skuad Piala Presiden Sarawak dijadualkan menentang pasukan PDRM di Padang Utama Pulapol pada 2 Mac depan. 

2 COMMENTS

  1. aban playing very well as defensive midfielder tapi bila turun ganti tempat syazwan as CB midfield kucar kacir sikit…. striker 3 org depan bagus especially Mus cuma pancit bila dh masok minit 60 lebih…. maybe fitness player sik cukup… harap jdi tumpuan coach veloo

Comments are closed.