David Usop, ketua jurulatih Sarawak, nyata kecewa dengan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah menambah derita pasukan Bujang Senang.

Ini berikutan tindakan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bukan sahaja menolak permohonan pengurangan hukuman Hairol Mokhtar, tetapi telah menambahnya menjadi lebih lama.

David yang ditemuramah Harian Metro menyatakan bahawa pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengemukakan rayuan untuk mengurangkan hukuman Hairol, namun terkejut apabila mendapati permohonan tersebut bukan sahaja ditolak, tetapi ditambah, sesuatu yang dianggap keterlaluan oleh David.

Dalam pada itu, David mengakui bahawa pemanjangan hukuman tersebut sedikit mengganggu persiapan skuad Bujang Senang untuk mengharungi Liga-M.

44 COMMENTS

  1. JGN DIAMBIL PEDULI.PEMAIN ADA 30 ORG.APA GUNA PEMAIN SIMPANAN MUN SIK DIGUNA.RUGI MACAM YA DIBAYAR GAJI MUN SIK DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK BERMAIN DALAM PADANG.INGAT.

  2. Saya penyokong sarawak fa. Saya pun hairan.. knpe harus ditambah@ dilanjutkan pengantungan pemain sarawak.. apa lagi kesalahan dia.. denda pun sudah dibayar.. apa lagi FAM nak Dr pasukan sarawak.. pasti nak duit lagi kan.. baru selesai pengantungan pemain sarawak.

  3. Jgn bayar denda/ yuran dgn FAM ya mun keputusan x adil. Xda guna ikut org nang x tau erti adil. Molah liga borneo, jemput Brunei atau mana2 team dari Semenanjung nok berminat. Naikkan taraf bol kita x semesti ikut FAM. FAM ya lamak dah x fungsi, berpuluh tahun nak masuk AFC mun blm tentu dapat…

    Selagi kita ikut FAM, slagi yalah taraf bol kita di takuk lama..

  4. Sikpa ya. Respond them on the field. Let our football talk. Boh dilayan gilak pe’el FAM. Mun dilayan sikkan ke cne2 bolasepak kita. Nangga ranking Msia dh cukup haha

  5. FAM tok nang dari dolok suka menganak tirikan team kita…Bila pasukan lain buat rayuan diterima..Bila kita yang buat rayuan,tambah denda gik ada…Harap ada suara yang bangkit menentang FAM tok..

  6. Besa lah ya… ada berat sebelah sikit mun sabah atau sarawak…. senang cerita loan jak hairol dgn team luar malaysia… contoh nya team dari singapore atau indonesia…at least fas x berat gilak nanggung gaji nya, pasya hairol boleh ambik pengalaman luar…

  7. Awal2 dolok dah madah…iboh joint liga dak FAM ya….dah kita ngeluar bajet besar…tiket belon nak ke smjng pun tinggi…bagus jak iboh joint…duit ya dpt k ngurus perkembangan bola sepak negeri….

Comments are closed.