Pra-musim 2017: Sarawak FA 0-1 Sabah FA

Pasukan Bujang Senang tewas 0-1 kepada pasukan Sabah FA malam ini tadi, sekaligus memberi indikasi bahawa pasukan yang mempunyai hampir 90 peratus pemain tempatan anak Sarawak belum bersedia sepenuhnya untuk musim 2017 Liga Super.

David Usop memilih untuk menurunkan pemain-pemain yang hadir di Kuching untuk sesi pemilihan, dengan bahagian serangan Bujang Senang ditunjangi dua pemain import, yakni Mamadou dan Talaat pada separuh masa pertama.

Sungguhpun demikian, aksi pemain tempatan, khususnya Tommy Mawat mencuri tumpuan apabila beliau seringkali mengucar-ngacirkan pintu gol Sabah dengan larian dan rmbatan deras beliau.

Sabah, yang kini sudah mempunyai pasukan yang lengkap, akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-25 apabila kekasaran oleh pemain Sarawak menyaksikan satu sepakan percuma dihadiahkan di luar kawasan penalti.

Sepakan percuma tersebut gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pemain pertahanan Sabah, sekaligus menyaksikan Rawilson Batuil menolak masuk bola ketika keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol.

Bermula babak kedua, David membuat beberapa pertukaran bagi menguji barisan muda beliau, termasuk memasukkan penyerang Filipina Mark Hartmann, serta dua pemain Brazil, Danilo Rafael Dos Santos dan Bruno Baiano.

Tindakan beliau menyaksikan pasukan Bujang Senang menyerang kubu Sabah secara bertali arus namun ketangkasan barisan pertahan Sabah mengekalkan jaringan memihak Sabah.

Pada minit ke-50, Sarawak berjaya mendapatkan sepakan penalti, namun Mark yang mengambil sepakan tersebut mendapati rembatannya mudah diselamatkan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rahim.

Sarawak hampir menjaringkan gol pada minit-minit kecederaan permainan namun tandukan Mark, hasil hantaran silang Dzulazlan Ibrahim tersasar dari sasaran.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan selepas itu, namun keputusan kekal dengan jaringan tunggal Rawilson menjadi pemisah kali ini.

Keputusan penuh, Sarawak FA 0-1 Sarawak FA.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top