Ianya hanyalah perlawanan pra-musim bagi pasukan Bujang Senang, dimana Ketua Jurulath Sarawak, David Usop, dijangka akan menurunkan beberapa pemain yang kini sedang dinilai untuk posisi tetap di dalam pasukan Bujang Senang 2017.
Namun demikian, Stadium Negeri hampir penuh, dengan anggaran sekitar 7,000 hingga 10,000 peminat hadir menyaksikan ‘Borneo Derby’.
Perlawanan yang berkesudahan 0-1 memihak Sabah FA nyata mengecewakan peminat pasukan Bujang Senang yang rata-rata melahirkan komen negatif berkenaan beberapa pemain asing yang kini sedang diuji.
Sungguhpun demikian, jika dilihat dari sudut positif, pasukan Bujang Senang sebenarnya bertindak agak baik dengan pemain yang rata-rata ‘masih mentah’.
Pemain berpengalaman seperti Tommy Mawat dan Dzulazlan Ibrahim jelas menyinar pada perlawanan tersebut, dan barisan pertahanan pasukan Bujang Senang berjaya mengekang serangan pasukan Sabah yang sememangnya hadir dengan barisan terkuat mereka.
Dalam pada itu, perlawanan malam tadi juga membuktikan betapa betulnya keinginan David untuk mencari penyerang yang lebih berbisa untuk pasukan bimbingannya kerana beberapa peluang yang terhidang, gagal dimanfaatkan sebaiknya.
Dengan Liga Super bermula dua minggu lagi, David kini perlu berusaha lebih keras untuk mencari seorang penyerang yang benar-benar mampu memberikan impak segera kepada pasukannya kerana jika barisan penyerang yang diuji malam tadi diambil, maka berkemungkinan pasukan Bujang Senang akan menghadapi kesukaran menjaringkan gol pada musim ini.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
jgn sedih atau marah itu cuma aksi pemanas badan je lgpun sarawak guna byk player local mereka bru main blm mantap lgi sarawak cuma ada dua player import mereka bkn blh support byk sebab mereka bukan player defend jadi sarawak kena cari player import defend yg blh mengekang asakan pihak lawan
sabah mmg kuat tapi menang pun bukan jaminan mereka kuat tgk kat liga nanti siapa yang hebat sarawak ke sabah
Sabah liga perdana sarawak liga super
mmg sabah liga perdana jdi u all tgkla blh ke mereka mencabar liga jgn friendly bgs tapi kat liga hncur..better friendly xbgs tapi kat liga lgi bgs
sya lebih minat nk tgk sarawak kat liga either mereka blh lawan team yg kuat mcm jdt,kedah dgn tteam dgn majoriti player local sambil dibantu sikit player luar
Siapa la swak mun d banding sabah yg rata2 players dari piala president musim lepas….
Ambik terus depend korea mlm tadi…bgus giknya dari org putih ya
bermain freindly dngn main sebenar lain aura sidaknya kali…..
Yup… Tak kan main nak smpei nginjured dirik.. Nama pun dah friendly match…
Mala petaka melanda sarawak seandainya david usop ngambik trial penyerang import mcm mlm tadi…harap david usop cari lain agik..mlm tadi semua ke laut
Tidak apa jangan terlalu awal menilai baik buruk,masa banyak masa mau perbetulkan yang perlu dibetulkn dn masih ada ruang utk perbaiki pasukan sarawak…jangan saja indah kabar dari rupa macm taun lepas,awal musim terbaik tp pertengahn n akhir musim tergolek…
Dana kurang
Talk pa ITU baru permulaan
Ambik salibasic ajalah…. semua sokong
Ada 10 hari lagi sepak mula liga malaysia..jgn asyik katakan pemanas badan atau hanya menguji pemain saja..mentaliti kena berubah..walaupun pemanas badan ke apa ker..harus ada sikap juang mau menang atau main dgn semangat yg ditahap paling tinggi..Jurulatih David Usof kena banyak main peranan utk mengubah mentaliti pemain khususnya pemain import..kena main dgn semangat juang yg tinggi walaupun hanya pemanas badan atau latihan..barulah masa perlawanan yg sebenar nanti kita tak perlu risau sebab mentaliti sentiasa di tahap terbaik..
Bnar ya bro,mentality sik pnday brubah dgn alasan frendly utk pemanas badan,jgn main bnar glk tkut injured..mun dh main tkut injured bgus jgn main bol,sedangkan players eropah time training gik blh injured hahahaha..kesian mentality sesetgh penyokong Swk…
Bagi pluang lok ngan usop…cheers
Org nama Usop ya dh ninggal, ya bapaknya. Coach ya David namanya. Cheers
Semua kenyataan nk sedapkan ati kuar dlm comment tok.. hahahaa..
Yeahh la kn…drpd skit hati sorang2 sna,,ade spe kesahh.?.hahaha..
Smlm tu,,xde lha cewa sgt..
Friendly match je.. masokk pon free..hehee… Btw,,utk plwnn sbnr akan dtg,,hrp team swk lebih mantap lg,. mnng,,mnng,,dan trus menang..yyeeahhh..
Bagus nampak kesilapan awal…
Pertahanan korea to bgs main smlm..Blh amb to..
dr game tok lah kita menilai kemampuan team kita..supaya coach tauk cne kelemahan ya…kmk org faham sbb byk player lom pernah main dlm game besar mcm tok..so kmk org harap coach cepat2 cari the best striker n attack mfilder…
Pnyerang trial teruk…ambik lah ivan babic..n junior..kita semUa pun dah tau kmampuan dua org tu…walau pun x myerlah smasa trial…
Masih rami yg concern…pre match urg gik dtg
Pemain semua baru2 gk…
Belum terlambat agik.
Kalau d banding tahun lepas dgn tahun tok..aku rasa tahun tok ok sikit..sebab mlm tadik fisrt game semua cdak trial jak….separuh masa kedua coba kitak org nga jauh beza nak.
Harap aksi sebenar sarawak buat yg terbaik
Kta org sarawak,jgn cpat mengalah…prinsip org sarawak,agi idup agi ngelaban!!ingat yaa
biasa laa tu. . .dri dlu smpy skrg. . .hahah. .
10 hari gik,xkan mok pmnas badan gik….import pun lom kompom….
Ini aku stuju…masa sangat2 mencemburui pencarian pemain import yg bagus..mun import mcm nya..silap2 kena belasah la ngan team yg lain..sabah liga perdana pun dh belasah kita..apa lagi kedah perak t team jdt dn lain2
Ndang bena….
Apa2….mun pengurusan masih mcm dolok..sik ke sine team ya….utk membemtuk sebuah team yg bagus…terlebih dolok bentukkan pengerusan yg mantap….jgn Ada induvidu2 di dlm oengurusan ya yg mementingkan diri Dan Cari kepentingan sendiri…maaflah..tok pandangan saya Jak…
Tunggu Dan lihat jak lh…
Ambiklah lebih banyak pemain tempatan sarawak kan lebih semangat
Xda berubah swak main?mcm ya juak,