Pasukan Bujang Senang tewas 0-1 kepada pasukan Sabah FA malam ini tadi, sekaligus memberi indikasi bahawa pasukan yang mempunyai hampir 90 peratus pemain tempatan anak Sarawak belum bersedia sepenuhnya untuk musim 2017 Liga Super.

David Usop memilih untuk menurunkan pemain-pemain yang hadir di Kuching untuk sesi pemilihan, dengan bahagian serangan Bujang Senang ditunjangi dua pemain import, yakni Mamadou dan Talaat pada separuh masa pertama.

Sungguhpun demikian, aksi pemain tempatan, khususnya Tommy Mawat mencuri tumpuan apabila beliau seringkali mengucar-ngacirkan pintu gol Sabah dengan larian dan rmbatan deras beliau.

Sabah, yang kini sudah mempunyai pasukan yang lengkap, akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-25 apabila kekasaran oleh pemain Sarawak menyaksikan satu sepakan percuma dihadiahkan di luar kawasan penalti.

Sepakan percuma tersebut gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pemain pertahanan Sabah, sekaligus menyaksikan Rawilson Batuil menolak masuk bola ketika keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol.

Bermula babak kedua, David membuat beberapa pertukaran bagi menguji barisan muda beliau, termasuk memasukkan penyerang Filipina Mark Hartmann, serta dua pemain Brazil, Danilo Rafael Dos Santos dan Bruno Baiano.

Tindakan beliau menyaksikan pasukan Bujang Senang menyerang kubu Sabah secara bertali arus namun ketangkasan barisan pertahan Sabah mengekalkan jaringan memihak Sabah.

Pada minit ke-50, Sarawak berjaya mendapatkan sepakan penalti, namun Mark yang mengambil sepakan tersebut mendapati rembatannya mudah diselamatkan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rahim.

Sarawak hampir menjaringkan gol pada minit-minit kecederaan permainan namun tandukan Mark, hasil hantaran silang Dzulazlan Ibrahim tersasar dari sasaran.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan selepas itu, namun keputusan kekal dengan jaringan tunggal Rawilson menjadi pemisah kali ini.

Keputusan penuh, Sarawak FA 0-1 Sarawak FA.

33 COMMENTS

  1. Terlalu awal untuk menilai team tok,players nk main ya pun tgh diuji,david msh crik pemain yg mampu mengisi slot kesebelasan utama dan slot utk players srwk utk season tok..anyway,gud luck srwk for this season

  2. Aku tok dh hilang kprcayaan dgn pmain bola srwak..nang x pndey lalu..main ke longkang,main dak org kampung x dak ya glak….atusah….bila aku dngar team srwak da game aku x pkir lain grenti klah..mnang pn beza 1 gol jak..

  3. Ya miak korea nak no9 ya bagus defend…ilex jk nya…nak itam di depan ya tadik..negro jual jam coba nasip ya…striker semua x bagu..carik lain jak…jgn nak buang duit mileh dak ya..anta pulang kinek…mun dpt tunggah jk salibasic balit..senang cita…k..baiii!!!

  4. Kepada David Usop. pikir panjang…… pikir 10 kali, jangan nyesal…….. reject jak.. Negeri sarawak akan bangga mun kau ngambik semua anak jati sarawak. dari player import kedak tok yang main lebih terokkk dari local sarawak…. tapi kami tetap puas hati

  5. Nie persahabatan lh,bukan nya main liga super,dulu masa RG jadi juru latih semua komen positif,tapi apa jadi lepas tu renung2kanlah,skrng musin DU xkn sama dgn RG

  6. Nak komen tlg lah komen membina jangan terlalu ikut perasaan,semua kita mok yang terbaik,kan pemain lagi suai kenal dgn sesama sendiri…
    Sarawak tetap dalam hati,hidup dan mati ku untuk tanah tumpah darah ku…

  7. sabah xpa byk duit blh beli player bgs sarawak xdpt bajet bukan byk…xpa tgk la dpt ke x sabah mencabar liga perdana jgn player bgs tapi xdpt bgi kejayaan pada pasukan

Comments are closed.