Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubuk Antu telah dengan jayanya mengadakan satu klinik bola sepak di Sekolah Kebangsaan (SK) Melaban.
Ianya dilaksanakan dari 23 – 26 Julai lepas di Padang SK Melaban dan melibatkan 28 buah sekolah di bawah PPD tersebut.
Klinik yang disertai 36 pelajar berumur 11 tahun dan ke bawah itu turut disertai oleh 31 orang guru dan jurulatih.
Menurut maklumat yang kami perolehi, klinik bola sepak tersebut dianjurkan sebagai langkah pertama bagi Program Pembangunan Sukan Bolasepak Lubuk Antu.
Bagi merealisasikan klinik tersebut, pihak PPD Lubuk Antu telah menjemput jurulatih bolasepak berbakat Hakimi Man, di mana beliau telah berkongsi berkenaan cara-cara membuat minuman isotonik “Peel Fresh Orange”, proses “recovery ice bath”, falsafah bola sepak moden, koordinasi sesi latihan harian, pengendalian tekanan sebagai jurulatih bolasepak, dan tatacara proses pembentukkan membentuk pemain muda.
Hakimi apabila dihubungi pihak SarawakCrocs.com menyatakan beliau amat senang dengan usaha PPD Lubuk Antu dalam menjayakan pembangunan bola sepak di daerah tersebut, sambil menyatakan bahawa kesungguhan PD tersebut telah membuatkan beliau sukar untuk menolak undangan yang dibuat.
Beliau berkata “PPD Lubuk Antu untuk mengubah landskap bolasepak di daerah ini begitu luar biasa. Mereka mempunyai perancangan yang jelas untuk membangunkan sukan bolasepak di daerah ini. Itu sebabnya sukar utk saya tolak undangan mereka.”
Lihat lebih banyak gambar sesi klinik bola sepak PPD Lubuk Antu di Instagram Kami.