Pasukan Pusat Pembangunan Majlis Sukan Negeri Sarawak (PP MSNS) Miri bakal berkunjung ke Mukah untuk menguji kesebelasan pasukan Mukah Youth Team (MYTEAM) dalam satu perlawanan persahabatan hari ini.

Pasukan PP MSNS dijadualkan akan bertandang ke Padang Mesra MDDM Mukah pada jam 4.30 petang, 20 Oktober 2018.
Aksi perlawanan yang bertenaga dijangka akan dapat disaksikan apabila kedua dua pasukan muda berentap.

Kunjungan ke Mukah juga akan diteruskan dengan aktiviti Klinik Bolasepak untuk program khidmat komuniti buat pemain U-12 dan U-19 pada 21/10/18.
Pasukan PP MSNS sebelum ini telah beraksi di Liga Super Miri 2018, dan mara ke perlawanan akhir, dan baru sahaja mengakhiri liga dengan kedudukan kedua keseluruhan.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Kenal sgt ngn player team PP MSNS ni..goodluck lh kpda smua,smoga thn dpn bbrapa player dpt diserapkn ke team belia or skuad utama srwk..