Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Posa Majais dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai akan mengumumkan nama barisan kejurulatihan baharu selepas Mesyuarat Agung Dwitahunan (AGM) FAS 2018/2021 di Limbang.
FAS dikatakan masih meneliti calon jurulatih bagi Sarawak FA buat masa ini.
Beliau dikatakan tidak mahu terburu-buru memilih barisan kejurulatihan bagi musim hadapan, termasuk pemilihan ketua jurulatih baharu Sarawak FA.
Dalam laporan Utusan Borneo, Posa dipetik sebagai berkata beliau mahu memilih “calon terbaik dan berwibawa untuk membawa cabaran Sarawak pada musim depan”.
Dalam satu kenyataan media baru-baru ini Posa mengumumkan bahawa semua pemain, jurulatih dan pengurusan Sarawak FA musim ini akan dibubarkan dan diganti dengan yang baharu.
Untuk rekod, ketua jurulatih Sarawak FA kini adalah Ian Gillan dan beliau dilaporkan mempunyai kontrak dua tahun bermula hujung tahun 2017.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Siapa sokong roslan Ismail jadi jurulatih Sarawak msim depan.. Sila like
Cari lah jurulatih yg pernah bermain utk tem swk.byk yg bekas players swk yg bgus2 x salah ambik cdak tok utk jd juru latih swk..cntoh roslan ismail,ramos sari,rmles byk lgi lah bekas pmain swk tok
Jalil hj.ramli….
Mungkin jurulatih local tahun depan ???? Wahet uji kali??? Member kamceng Awang Mahyan jadi pengurus pasukan…kot. Apa boleh buat mun bajet pun kita sikit jak?? Sik ado orang sponsor ????
paling penting kewangan pasukan mesti kukuh,
Masih muka tok juak.Iboh jak.selamat jalannn jak team swk
atur bgs2 lok..kukuhkn bajet lok…gaji player&barisan jurulatih settle habis lok br polah plan..
Coba ramos gan ramles utk tahun depan
Ali shafiee jadi coach assit by roslan together with the twin sari
Ato kewangan lok bok dpt jln projek…
Tukar coach???..bgs tukar org dlm semua skali..
Carik pemain baru