Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) bakal berwajah serba baharu mengikut laporan Utusan Borneo.

Ini berikutan pertandingan sengit untuk jawatan Naib Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 27 Oktober ini.

Menurut laporan akhbar tersebut, antara calon yang mengesahkan akan bertanding pada AGM kali ini ialah dua penyandang Naib Presiden FAS ketika ini iaitu Razali Dolhan dan Abang Suhordie Abang Zaini.

Calon lain termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Samarahan (PBBS) Mohamad Iskana Bujang, Presiden Persatuan Bola sepak Serian (SFA) Phillip Jabu, Presiden Persatuan Bola Sepak Mukah (MUFA) Ajahar Bakar, Presiden Persatuan Bola Sepak Miri ( PBBM) Mohd Saif Jubaidi, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarikei (Sarikei FA) Abang Zaini Abang Ismail dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kapit (Kapit FA) Nichol Agoi.

Turut bertanding adalah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sri Aman (FASA) Abdillah Majid, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sibu (SFA) Mejar (B) Moses Ripai, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Limbang (PPBL), Abdul Ajis Kon Mohamad Ghazali dan Othman Sulaiman.

Presiden FAS, Posa Majais dipetik akhbar tersebut sebagai gembira dengan perkembangan terbaharu itu sungguhpun Posa enggan mengulas berkenaan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden FAS.

Pemilihan FAS bakal dilaksanakan pada AGM FAS 27 Oktober ini dengan Posa dijangka mudah mengekalkan jawatan Presiden yang sudah dipegangnya selama hampir dua tahun.

136 COMMENTS

  1. Contohilah club spt JDT,Perak, dan Kedah.. bukannya cuma kuat 2-3 tahun saja.. mereka benar2 mahu memajukan pasukan mereka.. jangan alang2 buat perubahan, seperti cuma gah setahun dua pastu hanyut ke laut..memanglah memerlukan dana yg byk,tetapi yg lbh penting pengurusan kena juga bijak..

  2. Klu hdk tengok team swk berwajah baru semua org dlm fas tukar semua,serta dgn bos atas fas swk pun tukar sekali. Itu baru dikatakan team swk 2019 berwajah baru. Harus tukar semua dr atas sampai bawah dlm fas. Baru betul.

  3. Stiap tahun statment yang sama…kita rakyat sarawak maok perubahan yang drastik.. Bukan omong kosong …perubahan dri segi luaran dan dalaman yakni dri segi pengurusan kewangan sampei ke perubahan pemain .. Termasuk fasiliti padang..trimak kasih …

  4. kata ku jak..tang polah stadium ckup2 5k ke 10k penonton..sbb pa..kecik stadium..so kecik lah perbelanjaan..tp bila stadium penoh baru kacak pulangan..mok kacak pulangan..team mstlaa tiptop..

  5. biar betul² berwajah baru.. jgn stakat plan nukar logo baru jk.. game play knak baru.. cara pengurusan knak baru.. koleksi piala kenak ada baru juak.. ya bok nama ny BERWAJAH BARU

  6. Wajah baru tapi management masih ditahap lama apa bezanya…. Management kenalah berubah, jgn hanya bergantung pada sponsor local jak. Dan jgn terlalu bergantung pada sponsor & tiket gate utk pendapatan kantung….

  7. Tahun depan….statement yang sama cuma tambah perkataan baru.

    Latest : FAS bakal berwajah lagi baru.

    Bukan tak support FAS cuma kekdg takde sikap berani berubah. .

  8. hope brubah dr debah…ha ha ha cm molah stadium..asas nya penting…bruk stadium penoh..bkn mok stadium besar..ckup penoh baruk ckup k molah team..tp mun asas nya xkuat..alang2..team pun alang2..kataku jak

  9. Wajah apa baru iya..kelak nanga sidak enya nang lama iya jua main…mum benar2 mau berwajah baru…bubar semua dalam fas..termasuk pemaian…baru berwajah baru…berani ke sik sida fas…mum sik..sik ibuh gagu madah berwajah baru…

  10. Org jak baru tp perangai sama bukannya tahu hal bola gago dgn jawatan jak sepatutnya bekas pemain yg patut pegang pentadbiran FAS mereka yg lebih arif ttg corak permainan bolasepak. Presiden sebelum ni kedekut nauzubillah ambil player n coach plg murah n xda kualiti sbb tu Sarawak asyik kalah nasib baik x turun ke piala fam. Sedarlah ckit.

  11. Skrip yang sama setiap tahun…habis jak liga…diam sekejap…tiba tiba muncul FAS BERWAJAH BARU…xda ayat lain ka keluar dari cdak fas??
    Hahaha
    Setiap tahun skrip sama jak…bila dah main…k tetak orang…ya di katakan
    INDAH KHABAR DARI RUPA…

Comments are closed.