PP MSNS Miri belasah Meriting Village FC

Pasukan PP MSN Miri meneruskan rentak kemenangan apabila menumpaskan pasukan yang berpangkalan di daerah Lawas, Limbang Meriting Villa FC 5-2 dalam aksi yang begitu menarik pada hujung Sabtu ini tadi.

Perlawanan telah dilangsungkan di Padang Kolej Vokasional Miri pada jam 4PM.

Barisan muda PP MSN Miri agak gemuruh pada awal saingan apabila membenarkan pasukan pelawat mendahului seawal minit pertama namun berjaya kembali bangkit dengan ledakan dua gol pada masa pertama.

Barisan pemain Meriting Villa FC yang masak dengan pengalaman bijak memanipulasikan kesilapan barisan pertahanan PP MSN Miri apabila sekali lagi menyamakan kedudukan bagi keputusan semasa 2 – 2.

Namun perubahan strategi permainan oleh jurulatih ketika perlawanan memasuki minit ke-75 memberikan sinergi baru utk PP MSN Miri .

Perubahan strategi tersebut menyaksikan tempo permainan PP MSN Miri ditingkatkan disusuli dengan hantaran lintang yang berkualiti.

Hasilnya, PP MSN Miri berjaya meledakkan tiga gol dalam tempoh 15 minit terakhir perlawanan sekaligus memberikan kemenangan yang begitu manis untuk pasukan PP MSN Miri.

Senarai nama penjaring perlawanan adalah seperti di bawah.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top