Pasukan Korea Utara yang kini terletak pada kedudukan ke 94 ranking FIFA menerima kejutan besar apabila tewas kepada pasukan Filipina (ranking 135) di dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia malam tadi.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Bolasepak Rizal Memorial menyaksikan pasukan yang bergelar ‘The Azkals’ mendahului pada minit ke-43 melalui tandukan Misagh Bahadoran.

Korea Utara kemudiannya menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama melalui So Kyong Jin bagi memastikan tiada jaringan memisahkan kedua-dua pasukan pada waktu rehat perlawanan.

Apabila babak kedua bermula, Ri Hyok Chol meletakkan pasukan pelawat di hadapan selepas mudah menyumbat masuk bola hasil pergelutan di hadapan pintu gol.

Manny Ott kemudiannya menyamakan kedudukan bagi Filipina pada minit ke-84 perlawanan sebelum Iain Ramsay menyumbat masuk gol kemenangan The Azkals untuk memberi Filipina kemenangan dramatik dengan jaringan 3-2.

Sungguhpun tersingkir dari Piala Dunia 2018, kemenangan malam tadi menyaksikan Filipina kini layak ke pusingan ketiga Piala Asia 2019.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE