Presiden Persatuan Bolasaepak Sarawak (FAS) telah mengesahkan bahawa pemain Brazil, Rodrigo Amorim Olivera akan diserap ke pasukan Sarawak FA.

Rodrigo bermain di posisi tengah.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Menurut laporan akhbar Utusan Borneo, Posa menyatakan bahawa Rodrigo akan menggantikan pemain Bosnia Muamer Salibasic.

Adalah tidak diketahui jika Rodrigo akan sempat bermain pada perlawanan menentang JDT FC II hari ini.

Sarawak sebelum ini mahu menandatangani tiga pemain, namun mereka telah didenda oleh Malaysia Football League (MFL) kerana gagal melangsaikan dokumen pasukan.

Ini menyaksikan MFL menyaksikan mengenakan sekatan perpindahan di mana pasukan bertapak di Kuching itu terpaksa merayu untuk menukar pemain.

MFL kelmarin telah bersetuju membenarkan Sarawak menukar hanya seorang pemain selepas semua penyata dan dokumen pendaftaran berjaya dilengkapkan.