Pemain import Sarawak FA, Muamer Salibasic akan diserap sebagi jurulatih.

Demikianlah kata-kata Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang dipetik oleh akhbar Utusan Borneo hari ini.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Menurut laporan tersebut Salibasic masih akan kekal bersama Sarawak FA biarpun kedudukan beliau sebagi pemain import pasukan tersebut bakal digugurkan.

Adalah difahamkan tugasan Salibasic sebagai jurulatih tidak diketahui, namun beliau akan membantu di dalam persediaan pasukan Sarawak.

Kami juga difahamkan Salibasic tidak mempunyai lesen kejurulatihan buat masa ini.

Salibasic diambil sebagai pemain import Sarawak pada awal musim ini telah acap kali tidak diturunkan di dalam perlawanan kompetitif Sarawak sekaligus menyaksikan peminat mempersoalkan kedudukan beliau di dalam pasukan.

Dengan kenyataan Posa, maka terjawablah mengapa beliau sering tidak tersenarai di dalam pasukan Sarawak biarpun masih menyertai sesi latihan bersama pasukan tersebut.