Posa Majais dilantik Presiden FAS baru

Datuk Posa Majais sah menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS)  selepas beliau mendapat pencalonan dan sokongan penuh ahli gabungan FAS pagi ini tadi. 

Mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel di Kuching itu turut menyaksikan Posa melahirkan harapan beliau agar semua ahli gabungan FAS, termasuk peminat pasukan Bujang Senang, memberikan beliau dan pihak pengurusan FAS yang baru peluang untuk menjalankan tugas ke arah membangunkan bolasepak Sarawak. 

Dalam perkembangan sama, Posa juga enggan membuat spekulasi berkenaan pelan penswastaan pasukan bolasepak Sarawak buat masa ini sambil menyatakan perkara itu akan diteliti pada masa hadapan. 

Pelantikan Posa menamatkan spekulasi empat bulan Presiden FAS. Sebelum ini FAS menghadapi kesukaran melantik presiden baru susulan penolakan mantan presidennya,  Datu Sudarsono, untuk dicalonkan semula. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top