Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais mendakwa bahawa permintaan Persatuan Bolasepak Samarahan (PBBS) agar dia melepaskan jawatan Presiden FAS adalah untuk menyelamatkan ‘rakan penyangak’.

Demikianlah menurut laporan akhbar Utusan Borneo yang mana turut menyebut bahawa ‘rakan penyangak’ tersebut adalah bekas Exco FAS yang kini berdepan tuduhan rasuah.

Walaupun nama ‘rakan penyangak’ itu tidak dinamakan, namun ramai peminat bolasepak Sarawak yang mengikuti drama dan skandal bolasepak Sarawak akan dapat memikirkan sendiri siapa yang dimaksudkan oleh Posa.

Posa telah diminta meletak jawatan oleh PBBS Sabtu lalu atas sebab kegagalan menguruskan FAS secara betul.

Mengikut PBBS, Posa tidak mengikut prosedur di dalam menguruskan FAS dan telah menyenaraikan 21 perkara mengapa Posa harus berundur.

Posa telah mempertikaikan dakwaan PBBS dan mendakwa PBBS sendiri tidak diuruskan dengan betul sambil berkata presiden FAS perlu ada sehingga RM5 juta untuk menguruskan pasukan.

 

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey