Pengurusan Liga Malaysia, Malaysia Football League hari ini mengesahkan bahawa Sarawak akan melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT II) di Stadium Sarawak.

Perlawanan yang merupakan ke-89 Liga Premier itu akan menyaksikan kedua-dua pasukan buat pertama kali bermain secara kompetitif di stadium terbesar Sarawak itu sejak ianya diubah suai.

Perlawanan kedua-dua pasukan dijadualkan pada jam 9:15PM pada 25 Mei 2019.

Sebelum ini, Kuching FA telah juga bermain di Stadium Sarawak, namun kembali menggunakan Stadium Negeri sebagai venue perlawanan Liga M3 mereka.

Adalah difahamkan perlawanan Sarawak menentang JDT II in terpaksa dimainkan di Stadium Sarawak ekoran kegagalan Stadium Negeri mencapai keperluan lampu minimum yang dikehendaki bagi menganjurkan perlawanan Liga Malaysia.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey