LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Ketu jurulatih Kuching City, Irfan Bakti menyatakan bahawa beliau yakin pasukan bimbingannya akan mendapatkan gol di Likas kelak dalam perlawanan timbal balik Piala Malaysia.

Dengan kelebihan gol ditempat lawan kini tidak digunakan lagi, Kuching City harus kini menjaringkan dua gol sambil mengharapkan Sabah FC tidak membolosi gawang mereka jika mahu ke pusingan Separuh Akhir Piala Malaysia musim ini.

Kuching City tewas 1 – 0 kepada Sabah FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia tempoh lalu, namun telah memberikan tentangan sengit kepada pasukan liga Super tersebut.

“Walaupun kita kalah dengan pasukan ketiga Liga Super, ianya satu persembahan yang baik” kata Irfan selepas perlawanan.

Beliau berkata masih ada 90 minit lagi untuk Kuching City berusaha menewaskan Sabah, dan yakin pemainnya mampu menjaringkan gol di Likas jika mengurangkan kesilapan.

“Kita juga mempunyai peluang tetapi kita tidak manfaatkan peluang itu.

“Kita ada 90 minit lagi, dan saya yakin, dengan kudrat pemain yang bermain bersungguh – sungguh, dengan mengurangkan kesilapan, kita mampu mendapatkan gol di sana nanti” kata Irfan selepas perlawanan lagi.