Pasukan Liga FAM yang dijenamakan semula, Petaling Jaya Rangers, telah mengumumkan logo baharu mereka sempena penjenamaan pasukan.
Pada asalnya bernama AirAsia All Stars, PJ Rangers telah mengadakan satu pertandingan mencipta logo sempena penjenamaan pasukan yang bermula pada bulan Disember ini dengan logo hasil Rafizi Ibrahim mendapat undian sebagai logo pilihan.

Logo baharu yang berwarna serba merah tua tersebut berbentuk bulat pada asalnya, tetapi telah diubah suai menjadi kepada bentuk perisai selepas maklum balas pihak pengurusan PJ Rangers memberikan input.
Di dada perisai logo tersebut terpampang perkataan ‘PJ’ di dalam tulisan emas Gothic.
PJ Rangers akan bertapak di Stadium Petaling Jaya dan telah mendapatkan khidmat beberapa pemain berkaliber, termasuk juga jurulatih Mat Zan Mat Aris yang membawa pasukan Melaka United ke Liga Super musim hadapan.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Kenak banyak gilak cerita hal org lain..cerita kita pun sik ada modal kah..?
nang benar eia boss..boring cerita org lain..
Swk bila nk tukar logo buaya pahang kedah dh tukar burung helang dgn kepala gajah
Tukar buaya kepada kenyalang