Bukan lagi rahsia bahawa keadaan bolasepak di Kelantan, Perlis dan Selangor kini dilanda masalah besar.
Ketiga-tiga pasukan bolasepak yang terletak secara langsung di bawah persatuan bolasepak negeri masing-masing kini berdepan kemungkinan menarik diri dari Liga Malaysia pada musim 2017 selepas masalah-masalah serius dilaporkan.
Selangor dilaporkan mempunyai masalah dalaman yang menyaksikan perpindahan ramai pemain utama keluar, manakala Perlis dan Kelantan tidak mempunyai dana untuk bermain di Liga Malaysia pada musim hadapan.
Ramai yang melihat aspek nagatif perkembangan ini, tetapi jika diperhatikan, ianya sebenarnya satu peluang kepada kelab-kelab bolasepak tenpatan di ketiga-tiga negeri tersebut untuk menyinar.
Di Selangor contohnya, kelab bolasepak berunsurkan komuniti seperti Petaling Jaya Rangers dan Shah Alam Antlers boleh mula melakukan satu revolusi bolasepak hebat di negeri tersebut, termasuk juga di seluruh negara.
Dengan ketiadaan pasukan berunsurkan negeri Selangor, pasukan Petaling Jaya dan Shah Alm boleh berkembang menjadi pasukan hebat seperti Manchester United dan Manchester City. Jumlah penduduk Selangor yang melangkaui lebih dua juta orang sudah pasti mampu memberi sumber sokongan, dan sekaligus sumber kewangan yang cukup baik untuk kedua-dua pasukan.
Disebabkan lokasi berdekatan kelab-kelab bolasepak seperti PJ Rangers dan SA Antlers kepada komunitinya, peminat akan merasa lebih rapat terhadap kelab tersebut, dan sekaligus lebih sanggup turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan, yang akan secara langsung memberikan dana daripada hasil kutipan tiket dan jualan barangan kelab.
Tidak mengapa kedua-dua pasukan bermula dari Liga FAM, ataupun Liga Premier kerana pembangunan bolasepak dari peringkat komuniti akan memekarkan lagi pencarian pemain di kawasan sekitar kelab tersebut, sekaligus membolehkan pembangunan akar umbi bolasepak dijalankan.

Tetapi, lebih penting dari itu, kedua-dua PJ Rangers dan SA Antlers akan menunjukkan bahawa bolasepak berunsurkan negeri adalah tidak relevan lagi, dan bolasepak berunsurkan komuniti setempat adalah kaedah memajukan bolasepak peringkat kelab di negara ini.
Perkara sama boleh berlaku di Perlis, dan Kelantan, dan seterusnya negeri-negeri lain di Malaysia, termasuk juga Sarawak.
Dalam pada itu, kemelut yang melanda Selangor, Perlis dan Kelantan tidak semestinya kita lihat dari segi negatif, tetapi dari sudut positif kerana sudah tiba masanya bolasepak Liga Malaysia berasaskan komuniti setempat, dan memulaukan semangat kenegerian.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Pasukan swk pun sama juga kurangkan kos perbelanjaan.pasuka swk hanya guna 7juta musim hadapan.berbanding 12 musim 2016
nk banding dgn team2 lain team dr borneo lg bsr kos utk harungi msl ni kerana mereka setiasa menggunakan flight n bas bg setiap game.. fikir sendiri lah.. berapa kos..
dulu pernah dengar kalau tak silap satu away main hilang 30k,semenanjung untung dia orang boleh pakai bas..Sarawak Sabah petlukan dana besar..terima kasih kepada panaja…
Sy Org sawak..penyokong pasukan ngap sayot.. rasa juak nak luahkan kpd Fas sawak ya.. mun nak ambik player jgn di tanga dari upa nama nya.. tanga dari stamina dan kreativiti nya..tok ambik player dah lah tua..pemalas nak mampus… duit berjuta dah abis…
Peluang apa…company Sarawak taja team tu