Pihak perlesenan FAM lawat Kuching FA

Kuching FA pada minggu ini melaporkan bahawa pasukan tersebut telah menerima kunjungan pihak perlesenan kelab Football Association Malaysia (FAM).

Delegasi FAM itu diketuai oleh Encik Andrew Soorian (Pengurus Perlesenan Kelab FAM) dan Encik Vijash Naidu (Penolong Pengurus Perlesenan Kelab FAM), yang mana mereka telah hadir ke pejabat Kuching FA untuk memberi taklimat dan seterusnya membantu Kuching FA mendapatkan lesen kelab bola sepak penuh bagi kempen Liga Premier yang akan diharungi Kuching FA pada musim hadapan.

Menurut laporan Kuching FA, lawatan pada 9 dan 10 Disember 2019 itu turut menyaksikan dokumen-dokumen yang diperlukan disemak terus oleh pihak FAM bagi memastikan ianya memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan untuk mendapatkan lesen kelab bola sepak.

Kenyataan ringkas Kuching FA juga menyatakan bahawa segala prosesn untuk mendapatkan lesen tersebut setakat ini berjalan lancar dan Kuching FA berharap ianya akan terus sedemikian.

Kuching FA memerlukan lesen kelab bola sepak untuk bermain di Liga bola sepak Profesional Malaysia.

Jika Kuching FA berjaya mendapatkan lesen kelab bolasepak penuh dari pihak FAM, pasukan tersebut akan mendai pasukan pertama di Sarawak yang berjaya mendapatkan lesen sedemikian dengan Sarawak FA sebelum ini hanya berjaya mendapatkan lesen kelab bola sepak secara bersyarat.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top