Pasukan Landas (Land and Survey) telah mengesahkan tempat selaku juara Liga Super Miri 2018 setelah mengalahkan PP MSNS Miri 3-1 di dalam perlawanan minggu ke-12 liga tersebut.

Kemenangan perlawanan ke-20 Liga Super Miri tersebut meletakkan Landas dengan kelebihan tiga mata di hadapan pencabar terdekat PP MSNS Miri yang memerlukan kemenangan pada perlawanan kedua akhir Liga Super Miri 2018 Ahad lalu untuk mencabar Landas.

Selaku juara keseluruhan, Landas dihadiahkan wang tunai RM3,500, piala pusingan, piala dan pingat pertandingan.

Sungguhpun juara Liga Super Miri 2018 sudah dikenalpasti dan dinobatkan, naib juara liga tersebut masih menjadi persoalan kerana ianya menunggu keputusan akhir perlawanan di antara Perdanaku dan Permy Galaxy yang akan berentap pada perlawanan ke-21 Liga Super Miri Sabtu ini.

Jika Perdanaku menang dengan jaringan besar, maka kedudukan tempat kedua PP MSNS Miri akan diambil alih oleh Perdanaku.

Perlawanan terakhir Liga Super Miri dijadualkan pada Sabtu, 13 Oktober 2018, jam 3:45PM di KRP Lutong Miri.

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE