Pasukan wanita Sarawak FAmenepati ramalan apabila mara ke separuh akhir kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah 2017 apabila menewaskan naib johan kejohanan edisi lalu, Sabah dengan jaringan penalti 4-3 setelah terikat 0-0 pada 70 minit masa penuh perlawanan.
Perlawanan menyaksikan penguasaan padang yang seimbang dengan kedua-dua pasukan menyerap setiap serangan lawan dengan baik.
Sungguhpun demikian, deretan peluang pada awal perlawanan menyaksikan Sarawak FA nyaris mendahului beberapa kali, namun ketangkasan penjaga gol Sabah FA terus mengecewakan tuan rumah.
Kebuntuan tanpa jaringan sehingga tamat masa penuh perlawanan menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.

Ketika sepakan diambil, pasukan Sarawak gagal menyempurnakan tiga sepakan penalti awal, dengan pasukan Sabah berjaya pula menjaringkan dua gol.
Sungguhpun demikian, kedukaan pasukan Sarawak FA bertukar ceria apabila penjaga gol kebangsaan, Asma Junaidi menjadi wira pasukan Sarawak apabila berjaya menyelamatkan tiga sepakan penalti seterusnya dari pasukan Sabah, sekaligus memaksa penentuan sepakan penalti memasuki ‘sudden death’.

Asma sekali lagi menjadi wira pasukan Sarawak FA apabila beliau bukan sahaja menyelamatkan sepakan penalti pemain pasukan Sabah, namun turut menjaringkan sepakan penalti kemenangan pasukan Sarawak FA.
Dengan kemenangan itu, pasukan Sarawak FA mara ke separuh akhir dan akan berdepan pasukan PDRM pada esok 13 April 2017 di Stadium Miri pada pukul 4.15 petang.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Teruskanlah perjuangan mu Sarawak…
tahniah coach Halel Mohd Ibrahim coach Endrew Lawadin Nrew n sarawak team.. gudluck.. ⚽🏃💪
Terima kasih GM Genevieve,mun kitak ada dlm team tuk hari ya lebih mantap Swak.
adeh2.. ada gik coach ya..😂😂😂 bukan rezeki coach.. next game beraksi ekot ktk coach… sarawak final lak kmk dtg…hihi
OK coach belanjar Makan.
hahhahaahhaaaahhaha
Tahniah..
Luaskan kuasa mu dara senang agi idup agi ngelaban
Dramatik game…berdebar jantung nangga game twk..Congrats Crocs ladies…kipidap#dongibap#
Tahniah
borneo derby, sama-sama hebat. Game amat menarik, taktikal ampuh kedua-dua jurulatih. Penalti dramatik, Bangga dengan skuad wanita sarawak.
Berapa menang penalti
Siapa lawan Sarawak nanti