Pemain pertahanan Sarawak FA, Bruno Demerson telah memuji kehidupan Bandaraya Kuching yang beliau anggap amat santai dan sesuai untuk dirinya dan keluarga. 

Damerson dipetik FFT sebagai menyifatkan kehidupan santai di Kuching amat bersesuaian dengan kehendak keluarga dan dirinya yang mahu melupakan tragedi kapal terbang yang mengakibatkan 19 rakan seperjuangan beliau di dalam kelab bolasepak Chapecoense meninggal dunia.

Tambah Damerson, kejadian tersebut telah mengakibatkan beliau sekeluarga trauma dan hadir keperluan mencari persekitaran baharu.

Persekitaran baharu tersebut akhirnya tiba apabila Damerson berjaya memikat hati barisan kejurulatihan Sarawak FA pada akhir musim lepas, sekaligus menyaksikan beliau sekeluarga berhijrah ke Kuching.

Selain memuji keindahan kehidupan di Kuching, Damerson turut menyatakan beliau sekeluarga amat menyenangi hakikat kebanyakan penduduk Kuching berbahasa Inggeris, sekaligus memudahkan mereka bertutur dan menjalani kegiatan harian.

Menurut FFT, Damerson yang mengikat kontrak Sarawak FA telah dipuji oleh Ketua Jurulatih Sarawak David Usop,  yang nyata gembira akan keserasian Damerson dengan pemain pertahanan Hairol Mokhtar.

27 COMMENTS

  1. fikir positif,jgn fikir negatif jak2…..syukur la nya muji sarawak…kita patut bgga org luar puji negeri kita,bukannya nak nganok sidak sbb sidak puji kita…just motivasi diri…jgn jadi sidak lepeh,nak nganok org jak keja😁😀

  2. Sorry to say this but yg komen negatif ya nang bodoh. Cuba baca artikel nya kena interview cdak majalah FourFourTwo. Senang la kitak orang yg bernada sinis. U know what he been through? Just because nya main sik hebat bukan maksud nya manusia yang jaik sekda perasaan. Klak mun orang salah cakap sikit pasal Sarawak dlm media sosial…alu viral la repot polis la… tok org dah puji…kena anok juak.

  3. Sokong..namg benar..siapa2 nok x pande ubah fikiran negatif nya ya, please jangan komen apa2..negeri ka, bandaraya ka semuanya hak milik bersama..ianya bukan dibina & diwarisi oleh sebuah keluarga sahaja, STOP THINKING LIKE A RUBBISH!!!

  4. To all negative thinkers dlm ruang komentar tok..ktkorg tauk beza main/sepak/bermain bola sepak dalam erti kata sebenar permainan ya???..mun x pasti/x tauk iboh mengutuk players pro ya semua dah..hanya coach dapat menilai cdak ya…just serah pada yang pakar…

Comments are closed.