Pasukan Piala Belia Sarawak gagal meneruskan momentum positif di dalam Pertandingan Piala Belia apabila dijinakkan pasukan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) 2-1 petang kelmarin.

Di dalam perlawanan tersebut, pasukan Sarawak FA mendapat gol awal apabila Awang Syahriman berjaya menyumbat gol pendahuluan.

Sungguhun demikian, SSTMI enggan mengalah dan berjaya akhirnya menyamakan kedudukan lima minit sebelum masa penuh.

Tidak ingin hanya membawa satu mata pulang, SSTMI meneruskan asakan bertali arus mereka ke gawang Sarawak FA dan akhirnya berjaya mendapatkan satu sepakan penalti yang mudah disempurnakan bagi meletakkan pasukan sekolah tersebut mendahului.

Pasukan Sarawak turut sama dihadiahkan sepakan penalti kemudian, namun peluang keemasan tersebut dipersiakan untuk memastikan pasukan belia Sarawak pulang dengan tangan kosong.

Kekalahan pasukan belia kali ini menyaksikan mereka kekal dengan kutipan 10 mata dari tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan. 

Facebook Comments

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

10 COMMENTS

Comments are closed.