Pasukan Presiden Sarawak semalam gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila mencatat keputusan seri menentang UiTM FC di Stadium Negeri semalam.
Gol awal Sarawak dijaringkan oleh Azman Chuchu pada minit ke 13. Namun, pada minit ke 38, pasukan UiTM berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Muhd. Rafie pada minit ke 38.
Perlawanan tersebut menyaksikan pemain muda Sarawak, Syazwan Busrah dikejarkan ke hospital berpunca dari pergelutan di hadapan tiang gol semasa mempertahankan sepakan penjuru pada minit ke 88.
Pasukan Sarawak terpaksa bermain dengan hanya 9 orang pemain apabila pemain tengah, Abdul Rahman Ismawi pula dilayangkan kad merah di penghujung permainan.
Keputusan seri itu menyaksikan pasukan Piala Presiden Sarawak masih belum berjaya mendapatkan kemenangan pertama dalam 8 perlawanan liga, apabila mencatat 4 kali seri dan 4 kekalahan dengan hanya 4 mata.
Pasukan Piala Presiden Sarawak kini berada dalam kedudukan ke 9 dari 10 pasukan Piala Presiden kumpulan A, di belakang pasukan PDRM dengan 6 mata.
Pasukan Sarawak dijadualkan akan beraksi menentang pasukan Melaka pada 27 April ini di Stadium Mini UTeM di Ayer Keroh Melaka.