Penukaran logo kelab bolasepak Sarawak United mendapat reaksi positif peminat bola sepak, khususnya dari warga bola sepak Malaysia.

Dalam survey ringkas yang kami jalankan di twitter, seramai 73% daripada 159 undian mengatakan mereka amat menyukai logo tersebut.

Undian telah dibuat untuk 24 jam, dan ianya esklusif kepada pengikut kami di twitter yang terdiri daripada peminat bola sepak seluruh Malaysia.

Logo yang diinspirasikan perisai Terabai Iban itu, dipuji kerana ianya dikatakan unik, dan tidak melupakan elemen tempatan.

Malahan, ada juga yang memuji logo tersebut sebagai logo terbaik bagi sebuah kelab bola sepak kerana ianya tidak seperti logo lain yang sering bulat.

Di laman sosial lain, komen positif terus diberi oleh peminat – peminat bola sepak dengan peminat bola sepak dari Semenanjung juga memberi reaksi positif diatas perubahan logo berkenaan.

Kecantikan logo tersebut menyaksikan ramai peminat kini tidak sabar melihat jersi kelab Sarawak United yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sarawak United sebelum ini telah menggunakan logo seiras logo Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), namun pada musim ini, adalah dikhabarkan bahawa pengurusan kelab tersebut telah berubah dengan B Sathinathan dilantih sebagai pengarah teknikal kelab tersebut.

Pelantikan beliau dilihat telah memberi impak positif kepada kelab yang dimiliki FAS itu setakat ini.

Anda boleh melihat keputusan undian dibawah.