Pengacara ASTRO Arena, yang juga merupakan anak jati Sarawak berharap pemain Sarawak FA akan bermain dengan sepenuh hati apabila mereka bertemu Terengganu FA malam nanti. 

Menurut Atul, semangat terus berjuang haruslah ditonjolkan, dan pemain Sarawak FA tidak harus ‘kalah bulu’ kepada pasukan pantai timur yang akan bertandang ke Stadium Negeri malam ini bagi merebut laluan ke Separuh Akhir Piala FA. 

Atul yang menjangkakan Sarawak FA akan menang 2-1 malam ini turut mengatakan bahawa Piala FA dan Liga Super adalah dua pertandingan yang berbeza, dan pemain harus mempergunakan peluang ini sepenuhnya untuk membuktikan mereka adalah pasukan yang perlu dihormati. 

Beliau juga berharap Sarawak FA akan mampu pergi ke pentas Akhir Piala FA kali ini. 

Sarawak FA akan bertemu Terengganu FA di dalam perlawan Suku Akhir Kedua malam ini dengan pasukan tuan rumah mempunyai kelebihan gol di tempat lawan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. 

Comments

6 COMMENTS

Comments are closed.