Piala Presiden: Sarawak hampir bawa pulang 1 mata 

Pasukan  muda Sarawak hampir membawa pulang satu mata dalam pertembungan Piala Presiden menentang Johor Darul Takzim III petang tadi di Stadium Negeri.

Perlawanan menyaksikan ketiadaan pemain tengah pasukan Sarawak, Abang Nurfirman yang sedang mengalami kecederaan setelah menjalani pembedahan kecil. 

Pasukan JDT III turut dibintangi pemain muda kelahiran Sarawak Awang Mohd Faiz yang sebelum ini bermain untuk pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil. 

Ironinya, Awang Mohd Faiz muncul wira JDT III setelah menjaringkan gol di minit-minit akhir perlawanan sekaligus meletakkan pasukan JDT III pulang dengan tiga mata penuh. 

Kekalahan pasukan muda Sarawak ini merupakan kekalahan ketiga musim ini. Sarawak kini kekal dengan 2 mata dari 5 perlawanan Piala Presiden dan berada di kedudukan ke 9 dari 10 pasukan dalam kumpulan A.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top