Pasukan Awat-Awat FC dan ABC Club berjaya menempah slot ke perlawanan akhir Piala Limbang 2018 setelah menewaskan lawan masing masing di peringkat separuh akhir.

ABC Club terlebih dahulu mengesahkan tempat apabila membenam pasukan Highlanders tiga gol tanpa balas semalam di Kompleks Sukan Limbang.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Awang Safehe telah berjaya menjaringkan hat trick setelah menjaringkan gol pada minit 39, 42 dan 80.

Awat-Awat FC pula selesa menewaskan pasukan IPD Limbang dengan jaringan 4-1. Pasukan Awat-Awat FC terlebih dahulu didepan menerusi jaringan Faiezrol pada minit ke 25.

Emmanuel pula menambah jaringan untuk Awat-Awat FC pada minit 32.

Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan Awat-Awat FC apabila Emmanuel sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 51, kemudian goo keempat telah dijaringkan oleh Hafifi pada minit ke 70.

Pasukan IPD Limbang menjaringkan gol saguhati sebelum berakhirnya masa perlawanan melalui jaringan sepakan penalti oleh Syazwan pada minit ke 89.

Perlawanan akhir Piala Limbang 2018 dijadualkan akan berlangsung pada 27 Oktober ini di Kompleks Sukan Limbang.