Pasukan Liga Premier, Sarawak FA bersedia membuat kejutan apabila bertemu pasukan Liga Super, Perak FA Sabtu ini di dalam pertembungan Pusingan Kedua Piala FA.
Perlawanan yang dijadualkan pada jam 9 malam itu akan berlangsung di Stadium TLDM Perak.
Ketua jurulatih Sarawak FA, Ian Gillan dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata bahawa pemain di bawah bimbingan beliau kini memberi petanda positif semasa latihan, dengan semangat di kalangan pemain semakin tinggi untuk melakar kejutan Sabtu ini.
Tambah Ian, sungguhpun Perak FA dilihat sebagai pasukan yang lebih kuat, ditambah dengan kelebihan sebagai tuan rumah, beliau percaya pemain-pemain beliau mampu mencipta kejutan walaupun kekurangan pengalaman.
Sarawak FA adalah satu daripada dua wakil dari Sarawak di dalam Piala FA kali ini, dengan satu lagi pasukan, Kuching FA, bakal menentang Kuala Lumpur FA pada hari yang sama.