Pasukan bimbingan K Rajagobal kelmarin membelasah Kelab Bolasepak DYS di dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Negeri Kuching malam kelmarin.

DYS FC yang kini bermain di Liga FAM walaubagaimanapun tidak mudah tunduk kepada pasukan negeri jirannya Sarawak, apabila mantap mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi selama 45 minit pertama perlawanan.

Pada separuh masa kedua, pasukan tuan rumah walaubagaimanapun berjaya akhirnya menembusi gawang DYS FC dengan Gilmar Silva mudah menyempurnakan sepakan penalti bagi meletakkan pasukan Bujang Senang di hadapan.

Gilmar kemudiannya menambah jaringan perlawanan tersebut beberapa minit kemudian dengan jaringan kedua beliau, selepas mudah menewaskan pertahanan DYS FC.

Ndumba Makeche kemudiannya menambahkan derita DYS FC dengan jaringan ketiga perlawanan sebelum Junior Aparecido memastikan pasukan dari Sabah, DYS FC hampa pada akhir perlawanan persahabatan ini dengan jaringan keempat Sarawak.

Keptusan penuh, Sarawak 4-0 DYS FC

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey