Pasukan Piala Belia Sarawak FA hari in melakar kemenangan ketiga berturut-turut apabila menumpaskan Pulau Pinang di Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan. 

Pasukan Pulau Pinang mengejutkan pasukan pelawat apabila menjaringkan gol seawal minit ke 4 hasil jaringan Shahle Yusoff. 

Pasukan Sarawak Sarawak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke ke 24 setelah rembatan  Zharif Yazin merobek gawang Pulau Pinang. 

Rivaldo Adrill pula menceriakan kem Sarawak apabila menjaringkan gol pada minit 30 menjadikan keputusan Semasa 2-1. 

Namun, hasrat pasukan Sarawak untuk mengekalkan kedudukan berkecai setelah pasukan Pulau Pinang berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi rembatan Muaz Zainal Abidin. 

Kedudukan separuh masa pertama terikat 2-2. 

Pada separuh masa kedua, pasukan Sarawak dilihat bersungguh-sungguh mengasak pertahanan lawan. Hasilnya, pada minit 53, pasukan Sarawak akhirnya kembali di depan apabila Amirul Iqmal menjaringkan gol ketiga perlawanan. 

Adif Salim melengkapkan penguasaan pasukan Sarawak apabila menjaringkan gol keempat pasukan pada minit ke 78. 

Kemenangan tersebut melonjakkan pasukan Sarawak ke tangga ketiga Piala Belia kumpulan A dengan kutipan 22 mata melalui 6 kemenangan dan 4 seri dari 13 perlawanan. 

Pasukan Piala Belia Sarawak kini bersiap sedia untuk perlawanan ke 14 liga menentang Johor Darul Takzim IV di tempat lawan pada 21 Mei 2017. 

Comments