Persatuan Bola Sepak Betong dapat RM20K

Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) telah diberi RM20,000 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap.

Menurut laporan Utusan Borneo, sumbangan RM20,000 itu disalurkan kepda BDFA bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti persatuan tersebut dalam membentuk belia aktif.

Sumbangan Gerald telah diberi melalu sumbangan cek kepada Preside BDFA, Nelson Kloni Kanang.

Adalah difahamkan bahawa Gerald turut ada mencadangkan beberapa aktivi yang boleh dilaksanakan oleh BDFA termasuk pertandingan bola sepak Piala ADUN Layar.

Gerald dipetik sebagai berkata ” Saya percaya BDFA bersedia menjalankan amanah diberikan dan dapat melakukan yang terbaik.

“Ini peluang kita untuk mengasah bakat-bakat belia di Betong dalam bidang sukan bola sepak sekaligus mengetengah mereka ke peringkat lebih tinggi.

BDFA adalah persatuan yang bernaung di bawah Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top