Pasukan Liga M3, Kuching FA mudah melepasi saingan Penjara FC di dalam saingan Liga M3 malam ini tadi.

Kuching yang turun tanpa kelibat Zainuddin tidak menunggu lama untuk mendahului pasukan pelawat apabila Ismail menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-10.

Kuching menggandakan asakan mereka untuk menambah gol kedua namun beberapa percubaan berbahaya daripada Sufizal dan Joseph Kalang Tie gagal menemui sasaran, menyaksikan kedudukan kekal memihak Kuching sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Kuching menggandakan usaha mencari gol kedua dan penyerang sensasi Sufizal tidak mengecewakan kali ini.

Sufizal mudah menjaringkan gol kedua Kuching pada minit ke-53, sekaligus meletakkan pasukan tuan rumah selesa di Stadium Sarawak dengan kedudukan 2-0.

Penjara cuba melakukan beberapa serangan balas selepas itu, namun pertahanan Kuching dikawal ketat oleh Hairol gah menahan asakan memberikan Kuching kemenangan bergaya.