Perpindahan pemain ke Liga Super antara punca Perak II kurang menyerlah

Ketua jurulatih Perak II Syamsul Saad, merasakan keputusan seri adalah lebih baik untuk kedua – dua pasukan malam tadi.

Dalam perlawanan malam tadi, Kuching City berjaya memungut mata penuh selepas menewaskan pasukan simpanan Perak FC itu.

“Keputusan yang sangat mendukacitakan kita sebab kalau ikut dari segi kualiti pasukan, saya rasa seri adalah keputusan yang lebih adil.” kata Syamsul selepas perlawanan.

Menurut Syamsul, peluang untuk pasukannya menjaringkan gol sememangnya ada, namun ianya tidak dapat disempurnakan kerana ketumpulan barisan serangan di dalam kotak penalti.

Syamsul menjelaskan bahawa sebelum ini, kempen Liga Premier Perak II lebih baik kerana mereka telah menggunakan khidmat pemain penyerang Liga Super, Zulkifli Zakaria, yang kini telah diserap ke pasukan utama Perak.

“Saya nampak pada pusingan pertama, kami ada menggunaka Zulkifli, penyerang dari Liga Super, yang kita tandatangani untuk bermain bersama Perak II.

“Dia muda sebenarnya dan memang kita ambil dia untuk mendapatkan pengalaman.

“Selepas dia bermain baik dengan Perak II, dia dinaikkan semula ke Liga Super, dan selepas kami kehilangan dia, saya nampak kita kurang menyengat di bahagian serangan.

Untuk makluman, peraturan Liga Malaysia membenarkan perpindahan pemain di antara pasukan utama (yang bermain di Liga Super) dan pasukan simpanan (yang bermain di Liga Premier) dalam jadual Liga Malaysia.

Kelebihan ini digunakan sebaiknya oleh pasukan – pasukan utama Liga Super seperti Terengganu, JDT, Perak, dan Selangor untuk memastikan pemain – pemain mereka dapat mengekalkan kecerdasan apabila mereka tiada dalam perancangan utama pasukan utama yang bermain di Liga Super.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top