Pasukan-pasukan ‘adik’ kepada Sarawak United A (SUA) telah mula menunjukkan taring apabila masing – masing berjaya mencatatkan keputusan memberangsangkan ke atas pasukan lawan mereka di dalam perlawanan pra-musim yang telah berlangsung baru-baru ini.

Sarawak FA, yang juga mahu dikenali sebagai Sarawak United II (SUII) telah membelasah pasukan NOSSA BJ FC di dalam satu perlawanan pra-musim 5-0.

Pasukan yang dibimbing Sam Timbre itu jelas terlalu kuat untuk pasukan NOSSA BJ FC dengan SUII menjaringkan gol seawal minit ke 17 melalui Nasrul, sebelum Ammar menjaringkan dua gol pada 25 dan 28, dan Azrizan meledakkan dua lagi gol pada minit ke-59 dan 62.

Satu lagi pasukan yang ‘adik’ SUA yang menyerlah adalah pasukan Piala Presiden Sarawak United, yang juga dikenali sebagai Sarawak United C (SUC).

Pasukan bimbingan Ahmad Fairus Yunus berjaya mengikat pasukan Liga M3, Protap FC 2-2 dengan gol-gol SUC dijaringkan oleh Alphonsus Joseph pada minit ke-66 dan Fariz Abdul Manan pada minit ke-80.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium MMU pada 11 Februari lalu dengan pasukan tersebut dijangka menentang pasukan Bawah-21 tahun PDRM FA hari ini di Padang Utama Pulapol, Kuala Lumpur pada jam 4.30PM.