Pasukan Kuching FA akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan yang dianggap setara dengan kebolehan pasukan tersebut.

Menurut laporan Suara Sarawak, tiga pasukan yang akan menguji kemampuan Kuching ketika di Semenanjung Malaysia adalah Selangor 2 FC, Kuala Lumpur FA dan UiTM FC.

// IKUTI KAMI DI INSTAGRAM WWW.INSTAGRAM.COM/SARAWAKCROCS UNTUK BERITA BOLA SEPAK MALAYSIA DAN SARAWAK RINGKAS

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

>>Dapatkan jersi rasmi Sarawak United 2020 dan SarawakCrocs Tribal jersey kini di TheKedey.com.

Dua dari pasukan tersebut merupakan pasukan Liga Premier dan akan sama memulakan kempen Liga Premier 2020 pada bulan Februari kelak.  UiTM FC adalah pasukan Liga Super.

Laporan Suara Sarawak juga menyebut bahawa perlawanan pra-musim Kuching FA akan diadakan pada 16 Februari atau 17 Februari.

Kuching merupakan pasukan baharu di dalam Liga Premier selepas berjaya melayakkan diri ke liga tersebut secara merit dengan menewaskan pasukan Sarawak United B.

Pasukan yang dibimbing Ideris Untong itu dilihat sebagai antara pasukan yang boleh pergi jauh di dalam sistem liga bolasepak Malaysia memandangkan pengurusnya dikatakan cukup profesional dan komited terhadap kemajuan pasukan tersebut.

Walaupun baru sahaja berumur empat tahun, Kuching sudahpun memenangi Liga Bolasepak Rakyat, dan muncul naib juara Liga M3 pada musim lepas.