Home Malaysian football Perlawanan Sarawak-Kedah jam 9PM

Perlawanan Sarawak-Kedah jam 9PM

Perlawanan Sarawak menentang Kedah malam ini dijadualkan bermula pada jam 9 malam memandangkan ianya merupakan perlawanan peringkat terakhir Piala Malaysia di peringkat kumpulan.

Perubahan masa perlawanan dari kebiasaannya dipercayai dilakukan bagi membendung manipulasi keputusan perlawanan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Sarawak dijangka akan menurunkan barisan kedua mereka apabila menentang Kedah malam ini kerana pasukan bimbingan tuan rumah telahpun tersingkir daripada pertandingan tersebut.

Kedah juga dijangka menurunkan barisan kedua memandangkan mereka sudah melayakkan diri ke pusingan kedua Piala Malaysia.

RECOMENDED LINKS:


13 COMMENTS

Comments are closed.