Sumber dalaman SarawakCrocs hari ini memaklumkan kepada kami bahawa pemain Sarawak belum lagi mahu mengaku kalah untuk musim ini walupun mereka berdepan misi sukar untuk kekal di Liga Super pada musim hadapan.

Menurut sumber kami, pemain-pemain Sarawak di bawah David Usop masih mahu terus berusaha sehingga titisan peluh yang terakhir bagi memastikan Sarawak kekal di Liga Super, dan berpeluang menyaingi pasukan-pasukan handalan bolasepak Malaysia pada musim hadapan.

Sumber kami turut menegaskan bahawa sememangnya pemain merasai tekanan apabila pelbagai tomahan dan lemparan negatif dibaca di media sosial, namun beliau mempunyai keyakinan bahawa pemain Sarawak mempunyai kekuatan mental yang cukup untuk mengabaikan komen-komen negatif tersebut, dan seterusnya berjuang sehabisnya untuk ‘menyelamatkan’ Sarawak.

Sarawak yang dijangka akan menghadapi cabaran getir Selangor esok, perlu menang sekurang-kurangnya dua daripada baki tiga perlawanan untuk kekal di Liga Super, atau mengharapkan pasukan Terengganu terus dirundung malang dan tewas semua baki perlawanan mereka.

35 COMMENTS

  1. arap² taun dpn jgn ambk import kdak gilmar gk..makeche junior kkal kn smpey taun dpn..arap² FAS cri import striker yg power partner dgn makeche..gilmar OUT

  2. Tiap tahun pnyokong meraikan kemenangan tempat ke-4,3 dari dasar liga…cerita tetap sama di penghujung cerita… Ngap Sayot penuh di dada!!!

  3. Kesian..once upon a time team ngap sayot @ bujang senang fight to win league title..tp kinek tok terbalik..cney silap pun;susah nk madah.x dpt juak nk madah sapa…mayb rami gilak urg melaya kali..hehehe.. pendapat ikhlas dr sorg peminat tegar

  4. Xdo orang kpg kesah gik janggg… Gasak jak sio,klh kah,menang kah.. Ko mpun hai.. Yg rugi footballers dan fas… Mun nak untung.. Awai2 jadi team yg ampuh.., baruk orang kpg masuk gelanggang… Mun dh pio rupo.. Sapo nk diat jangg… Konon bujang senang,jadi ke bujang susah… Ndak pio jangg… Ado ku kesah… Pandei2 pengurusan sio…

Comments are closed.