Perlawanan diantara UKM FC dan Sarawak FA yang dijadualkan pada hari ini telah ditunda ke tarikh dan lokasi baharu.
Menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) di laman Facebook rasminya, perlawanan tersebut ditunda selepas FAS menerima permohonan perubahan dari pihak UKM FC, dan ianya diluluskan oleh pihak Malaysia Football League (MFL).
Punca perlawanan tersbut diubah tidak diketahui oleh pihak kami buat masa ini.
Perlawanan yang sepatutnya dijadualkan di Stadium Selayang malam ini, kini akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.
Ianya akan diadakan pada jam 10 malam, esok (27 Mei 2018 – Ahad).
Perlawanan tersebut adalah perlawanan Liga Premier minggu ke-14.
Sarawak dijangka akan menurunkan barisan terkuat di dalam perlawanan tersebut, termasuk penyerang sensasi Bobby Gonzales dan Milos Raichovic.