Perlawanan minggu keempat Miri Premier League menyaksikan pasukan Landas dan Permy Galaxy masing-masing mencatatkan kemenangan yang besar dalam aksi yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad yang lalu.

Terdahulu, pasukan Landas mempamerkan dominasi yang total apabila membelasah pasukan Sarawak Energy dengan jaringan 7-1  di padang Majlis Bandaraya Miri.

Perlawanan kedua pada Sabtu lepas antara Wisma RSC dan Wisma FDP ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Permy Galaxy pula memanfaatkan peluang untuk menunjukkan penguasaan apabila menewaskan pasukan PBB Lambir dengan keputusan 4-0 semalam.

Pasukan MMEA dan IPD Miri terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang satu mata setelah seri dengan jaringan 2-2.

Perlawanan Miri Premier League minggu keempat bakal menyaksikan pertembungan antara PSKPP Subis menentang Fox FC pada 20 Mei 2017 bertempat di Padang Majlis Bandaraya Miri.

Pada keesokan harinya pula, IPD Miri bakal bertemu Sarawak Energy dan MMEA 13 bakal menentang PBB Lambir di venue yang sama. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here