Biarpun turun dengan kesemua pemain utama malam tadi, pasukan Bujang Senang terus gagal meraih mata penuh apabila tewas 2-1 kepada UKM FC di Stadium Cheras.

UKM FC membuka tirai jaringan pada minit ke-20 melalui Faiz Hanif, sekaligus meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan.

Sarawak FA terus mengasak, dan penyerang sensasinya, Bobby Gonzales menyamakan kedudukan pada minit ke-27 apabila hantaran Shazalee Ramlee disudahkan dengan sempurna oleh penyerang dari Sabah itu.

Pada babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan pasukan Sarawak FA memasukkan Azizi Ramlee dibawa masuk untuk memantapkan lagi jentera serangan pasukan Sarawak.

Sungguhpun demikian, Michael memusnahkan harapan pasukan Sarawak FA untuk megutip sebarang mata untuk malam itu apabila berjaya meledakan gol kemenangan pasukan UKM FCpada minit ke-71.

Keputusan penuh; UKM FC 2-1 Sarawak FA

51 COMMENTS

  1. ngantok bah…. dah waktu tido sidak player sebenarnya… kata ku jak pakei nyaman ati dirikpun pakei mengelak daripada mencarut marut bang perut…. hahahahaha

  2. pasukan tangkap muat kalah ajak ajak malu weii mun zaman 90 an dolok setakat team mcm tok mmg kena belasah oleh sarawak tapi kenetok team sekolah pun sik dpt lawan tah pa tangkal di pakei asyik kalah ajak ajak

  3. Sedih ku ngga team kita tok ehh..sblm tok ok jk..dh ya klh beturut turut..ada “sesuatu”kh..maksud aku..plyer x ngam ngn coach kh..ngn pgurus kh..atau pgurus dgn coach kh..bcanggah idea..atau plyer bpuak puak antara 1 sma lain..sblm tok x lah seterok smnjak 2 menjak tok..dpt juak menang..tok dgn team lemah pun klh juak..gaji x dbaya kh..??mah nyawa ku..

  4. Perubahan besar perlu untuk menyelamatkaan maruah pasukan bujang senang digeruni masa lalu singkirkan semua pemain import masukan pemain tempatan bukan sahaja menjimatkan kos tapi apabila dibelasah team x kuat hilang malu haha

  5. pasukan terkuat??hmmm…

    dari segi game play n possesion ada improvement, tapi attacking finishing teruk…striker no 9 BG lack of control n pemalas sikit…selalu ilang bola menyusahkan defender…

    aku masih sik faham kenak no 13 MDI masih dalam skuad…player tok below par, passing, control semua teruk…sangat teruk…bila nya main, sarawak seolah-olah main 10 orang…

Comments are closed.