Pasukan Sarawak FA dikhabarkan tidak akan mengambil pemain import baharu pada jendela perpindahan Jun ini.

Menurut khabar angin, kekangan kewangan telah memaksa pasukan Sarawak FA untuk memikirkan hasrat untuk menambat seorang pemain import bagi menggantikan Nebosja Mirankovic yang akan dilepaskan.

Dalam pada itu, kami difahamkan oleh seorang agen pemain bahawa khabar tersebut sememangnya benar dan ianya amat mengecewakan. Ini adalah khusus kerana Nicolas telah berada di Kuching selama hampir tiga minggu dengan tujuan diambil sebagai pemain import terbaharu pasukan tersebut.

Sarawak FA sebelum ini diberitakan akan menandatangani bekas pemain Kuala Lumpur, Nicolas Dul bagi menggantikan Nebosja, namun ianya tertakluk kepada keputusan Datuk Posa Majeis yang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Pihak FAS buat masa ini masih mendiamkan diri berkenaan isu ini, namun jika benar, pasukan Sarawak FA akan berkemungkinan meneruskan aksi Liga Malaysia dengan hanya tiga pemain import.

55 COMMENTS

  1. FAS perlu mencari pengurus komersial yang berkaliber untuk mendapatkan sponsor-sponsor yang “High Image” Seperti Ta An,Rimbunan Hijau,Shin Yang,Sarawak Energy,Inai Kiara,Ibraco,Petronas,Jaya Tiasa,Naim,Marina Park City,WTK Dan Banyak Lagi.Sekiranya Dapat Deal Dengan Sponsor Yang Elite.Satu Sponsor RM 1Juta.Kalau Dapat 11 Sponsor Dah RM 11Juta.Dan Pengurusan Kewangan FAS Perlu Ditakbir Oleh Badan2 Bebas Dan Berpengalaman Luas Dalam Pengurusan Kredit Tanpa Campur Tangan FAS.Pihak FAS Cuma Fokus Kepada Pentadbiran Dan Pembangunan Bolasepak Sahaja.

    • Kaji menar2… Fas bukan under gov… Tp fas SDN BHD bos… Kompeni besar tkt maok molah pelaburan tggi sbb tkt rugi… X kedak era capt gulzar dolok… Pasal mngt ng bagus… Dr segi coaches Kita n kualiti player kita nang xda sebab mentality player X ke arah logo rah dada tp kearah duit… Mun paham bisa…

  2. Liga perdana saja dah terkial kial..sapa la nak sponsor…nak cari di mana lagi..minta cari Q puteh sponsor..tak kisah la tempat duduk cat warna merah jambu ke warna apa..bila duit tidak ada jangan harap dapat buat pembangunan bola sampai akar umbi..semuanya terhad..terbatas..tugas berat sabagai seorang pengurus..sapa brani?

  3. Dari terus kalah…baik setakat ini saja pasukan Sarawak…mohon pd MFL utk tarik diri…pemain pula seakan berasa JANJI ADA GAJI CUKUP…kalah pun mereka dibayar gaji…Bubarkan team tamat cerita…

  4. #minyakMentah
    #kayuBalak
    #sawit
    #pertanian
    ✳️ xdapat dinafikan lagi kekayaan di bumi kenyalang ..seandainya kita dpt guna kekayaan negeri kita dgn sebaik2nya, sy percaya pasukan bolasepak #BujangSenang setaraf dengan pasukan lain seperti #JDT…
    #KembalikanKegemilanganEraBujangSenang
    #ngapSayot
    🐊🐊🐊

  5. Dekat malaya akademi bola sepak hantar pelapis bola sepak training dekat luar negara sarawak ada bikin kh pokok nya engak ada pok

  6. Pihak atasan FAS harus tukar semua baru ada perubahan…selagi org yang sama,mcm yalah pasukan Sarawak sampai bila2..makan gaji buta takkan sik perasan pasukan perform menurun boleh nangga penonton datang stadium….madah sik ada peruntukkan,carilah pemain dalam negeri daerah sibu,miri kapit,bintulu,kpg,kilang2 ka…last2 ambik pemain import nangga dalam youtube sik perlu trial🤔 ….bagus sibuh main liga malaysia beri malu jak…bukak liga untuk lawan daerah sarawak aja….rindu zaman setiap game penuh stadium…

  7. Memang malu saja.bagut BN kerajaan fikir bagaimana develop team negeri.ada stadium tahap dunia tapi tak pernah pakai.untuk apa bikin stadium macam itu.bikin cantik saja kah?

  8. Buai jax moskot jagu@ baya….mrik malu jax bla bujang berani….et semangat baya enda mudah alah ngapa…bujang senang ukai urg sebarang kelia…bubar aja moskot baya@jagu…laban baya enda mudah alah ngapa!

  9. Mana pergi duit..dari penaja Press metel bintulu..RM1 juta. Pengurusan Fas harus bijak..menggunakan duit tersebut..Gunalah duit tersebut utk ambil pemain import dan tempatan yg berkualiti..ikut bajet kemampuan..

    • bagus agik amik tempatan lebih lagik pemain anak jati sarawak bermain pasukan sarawak jimat kos tapi hairan nie tuju duit penaja ho.

  10. Rehat 10 thn dari liga.sbb klu 10 kali juarapun,bkn pmain kayapun elok duit tu utk tar jln kpg,buat dewan,psg lmpu jln lg elok..kos pnerbngan dh brapa utk.pmain swak,hotel dll..x nmpakpun hasil.pmain import elok ambil pmungut buah sawit,lg boleh main dr yg sedia ada…sekian…

Comments are closed.