Perlawanan Liga M3 di antara pasukan Kuching FA dan Batu Dua FC yang dijadualkan pada Sabtu, 17 Ogos 2019 telah ditunda.
Menurut laporan akhbar Utusan Borneo, pihak Batu Dua yang memohon penundaan tersebut dan ini disahkan oleh Penolong Pengurus Kuching FA, Iswandi Ali Hassan.
Mengikut Iswandi, Batu Dua memaklumkan bahawa pasukan tersebut menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan, sekaligus menyaksikan perlawanan tersebut ditunda.
Dalam perkembangan sama, portal Vocket memetik laman La Bola Malaya sebagai berkata bahawa masalah kewangan merupakan antara sebab perlawanan Kuching menentang Batu Dua terpaksa ditangguhkan.
Laman sama juga berkata pemain yang cuba ditemuramah enggan membuka mulut berhubung isu tersebut kerana tertakluk kepada perjanjian bersama penaja.
Sebelum ini, bekas pemain import Batu Dua, Ljuba Baranin, mengemparkan bola sepak tempatan apabila mendakwa Batu Dua tidak mempunyai dana dan memberikannya cek palsu.