Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan berita kematian penyokong Persija Jakarta apabila dibelasah oleh penyokong seteru utama Persib Bandung.

Perkara ini sudah lama berlarutan tetapi hanya menjadi tular kini akibat kecanggihan teknologi.

Memang banyak yang kita dengari tentang sikap fanatik dan ganas penyokong Indonesia. Dalam ketaksuban mereka menyokong ada segelintir penyokong yang hilang pedoman sehingga tercetusnya perbahalahan.

Namun begitu, ada banyak perkara positif yang sebenarnya kita penyokong Malaysia terutamanya boleh belajar dari penyokong Indonesia ini.

Ini berdasarkan pengalaman ketika berkunjung ke sana untuk menonton bola sepak.

Perkara positif yang ada pada penyokong Indonesia adalah semangat jati diri. Tanpa mengira peringkat umur kejohanan, penyokong Indonesia pasti ada. Penyokong Malaysia hanya pandai melaungkan “Ayuh Malaysiaku” namun stadium masih kosong.

Lihat sahaja Kejohanan AFC Bawah 16 tahun yang berlangsung di Kuala Lumpur, ribuan penyokong Indonesia membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. Angka ini malah melebihi angka penyokong Malaysia. Ini baru untuk kategori bawah 16 belum lagi “timnas” senior mereka.

Tidak dinafikan penyokong Malaysia juga mempunyai semangat yang sama tetapi jurangnya sangat jauh. Kita mudah berputus asa dan menjauhkan diri apabila pasukan tewas atau menyajikan permainan yang kurang mantap. Kita hanya mampu berbangga bertanya akankan ada siaran langsung ditayangkan dan hanya muncul ketika babak final.

Akibat rasa kepunyaan yang menebal dalam dirilah penyokong Indonesia sanggup mengambil cuti demi menyokong pasukan mereka. Kebanyakkan mereka adalah buruh yang bergaji hari tetapi itu bukan alasan untuk mereka turun ke stadium.

Seakan-akan menjadi satu kesalahan jika mereka yang berhampiran tidak turun ke stadium memberi sokongan.

Jika kita semua mempunyai semangat ini, tidak mustahil stadium kita akan sentiasa penuh. Malaysia menjadi tuan rumah dan pasukan juga sudah melakukan segala apa yang mampu untuk peminat jadi sudah tiba masa kita membuktikan yang kita bukan hanya bersembang.

Ambillah perkara positif dari penyokong Indonesia walaupun lebih banyak perkara negatif yang timbul. Ayuh penyokong Malaysia buktikan laungan “Ayuh Malaysiaku bukanlah hanya laungan dan tunjukkan kepada penyokong lawan “Inilah Barisan Kita – SARAWAKCROCS.COM/JJF

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

1 COMMENT

Comments are closed.