Penyerang Sabah FA Rodoljub Paunovic mahu memastikan Sabah FA berada di dalam kelompok lima terbaik Liga Super musim ini.

Beliau memberitahu TheStar di dalam satu artikel yang diterbitkan baru-baru ini.

Menurut bekas penyerang FK Kolubara itu, Sabah kini adalah seperti rumah beliau.

Beliau menjelaskan bahawa beliau merasa sangat dihargai dan dialu-alukan sejak datang ke Sabah, menggambarkan perasaan itu seperti ‘telah dilahirkan di Sabah’.

Paunovic yang menyertai Sabah FA pada tahun 2017 telah setakat ini membantu Sabah FA mendapatkan promosi automatik ke Liga Super dan beliau setakat ini berjaya membantu pasukan Sabah FA mendapatkan lima mata dari empat perlawanan di Liga Super.

Menurut Paunovic, Liga Super adalah adalah pada peringkat yang berbeza dengan Liga Premier jadi beliau bersama pasukannya harus berusaha lebih keras jika mahu berjaya di liga tersebut.

Beliau mengakui bahawa sukar untuk menjalani latihan serius semasa tempoh COVID19 ini namun tetap akan mengekalkan kecergasan beliau sepanjang berada di rumah.

Dalam perkembangan sama, Paunovic juga mahu terus menjaringkan gol apabila Liga Super bersambung kelak bagi membantu Sabah berada di kelompok lima terbaik Liga Super.